Kelas Asas Komputer (Microsoft Word) dan Advokasi

11 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Disember 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Komputer Microsoft Word dan Advokasi yang bermula dari pukul 10:30 pagi sehingga 1:00 petang. Kelas tersebut telah dijalankan di dalam bilik latihan PEDi Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh seorang belia.

Antara pengisian kelas tersebut adalah memperkenalkan kepada para peserta berkaitan dengan PEDi, asas komputer seperti komponen-komponen yang terdapat di komputer dan juga pengenalan kepada asas Microsoft Office iaitu Microsoft Word. Peserta juga telah diberikan latihan menaip menggunakan Microsoft Word bagi mengasas kemahiran penggunaan komputer mereka. Pada akhir sesi kelas tersebut, satu sesi advokasi telah dibuat bagi memberi kesedaran kepada komuniti mengenai contoh-contoh bahaya ketika menggunakan internet dalam kehidupan seharian.

Diharapkan kelas komputer ini dapat memberi manfaat kepada komuniti. Semoga banyak lagi komuniti menyertai program ini bagi meningkatkan kemahiran ICT dikalangan komuniti luar bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali